Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon thiessen dan kontur isoyet

SHAHARUDDIN , AHMAD and NOORAZUAN , MD. HASHIM (2006) Menganalisis pola dan arah aliran hujan di Negeri Sembilan menggunakan kaedah GIS poligon thiessen dan kontur isoyet. Geografia, 3 (2). pp. 1-12. ISSN 126-700

[img]
Preview
PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
296Kb

Official URL: http://www.eoc.ukm.my/geografia/

Abstract

Curahan hujan seringkali digunakan sebagai indeks iklim bagi menentukan perubahan dalam kajian perubahan iklim global. Sementara itu, frekuensi dan tempoh curahan hujan dianggap sebagai indeks penting bagi bidang geomorfologi, hidrologi dan kajian cerun. Di samping itu, maklumat tentang taburan hujan penting kepada manusia kerana boleh mempengaruhi pelbagai aktiviti manusia seperti aktiviti pertanian, perikanan dan pelancongan. Oleh itu, kajian ini meneliti pola taburan dan tren hujan yang terdapat di Negeri Sembilan. Data hujan bulanan dan tahunan untuk tempoh 21 tahun (1983 – 2003) dibekalkan oleh Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (MMS) bagi lapan stesen kajiklim yang terdapat di seluruh Negeri Sembilan. Kaedah GIS Poligon Thiessen dan Kontur Isoyet digunakan bagi mengira dan menentukan pola taburan hujan manakala kaedah Ujian Mann-Kendall digunakan bagi mengesan pola perubahan tren dan variabiliti hujan. Berdasarkan kaedah Persentil dan Kontur Isoyet, pola taburan hujan di Negeri Sembilan boleh di kategorikan kepada dua jenis kawasan iaitu kawasan sederhana lembap (memanjang dari Jelebu -Kuala Pilah-Gemencheh) dan kawasan hujan lebat (sekitar kawasan pinggir pantai-Seremban-Chembong). Pola perubahan hujan didapati tidak tetap bagi kesemua stesen kajian bagi tempoh kajian ini. Berasaskan Ujian Mann-Kendall tahun 1980-an dan 1990-an menandakan tahun perubahan taburan hujan bagi kesemua stesen kajian. Perubahan pola taburan boleh memberi kesan kepada kawasan tadahan dan seterusnya menentukan kadar bekalan air yang mencukupi. Perubahan pola taburan dan variabiliti hujan yang berlaku di Negeri Sembilan boleh dikaitkan dengan faktor tempatan seperti kepesatan pembangunan kawasan dan juga faktor global seperti perubahan iklim.

Item Type:Article
Subjects:Q Science > QE Geology
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
ID Code:69
Deposited By:Mr Md Hafiz Ahmad Zulkifli
Deposited On:28 Apr 2008 13:55
Last Modified:28 Apr 2008 13:55

Repository Staff Only: item control page