Tenaga buruh dan upah dalam Islam : satu pandangan alternatif

Jusoh, Mansor and Md. Nor, Nor Ghani (2005) Tenaga buruh dan upah dalam Islam : satu pandangan alternatif. Islamiyyat, 27 (1). ISSN 0126-5636

[img]
Preview
PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
110Kb

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jislam.htm

Abstract

Buruh adalah satu sumber milik manusia. Berdasarkan konsep ini, buruh boleh dianggap faktor pengeluaran tanpa memberi implikasi bahawa pekerja yang menyumbang tenaga buruhnya dalam proses pengeluaran adalah hamba kepada manusia lain. Masalah lebihan penduduk dan lebihan buruh boleh wujud di negara yang mengalami pertumbuhan pesat penduduk. Hakikat bahawa Allah S.W.T. yang menentukan rezeki tidak bererti negara yang mengamalkan sistem ekonomi Islam bebas daripada masalah tersebut. Prinsip penentuan upah supaya upah setimpal dengan bidang kerja dan kualiti buruh tidak mempunyai sokongan kuat dalam Islam. Sebaliknya, Islam mengutamakan prinsip musyawarah yang boleh difahmkan sebagai proses tawar menawar dalam pasaran buruh. Prinsip bahawa upah perlu memenuhi keperluan asas pekerja adalah konsisten dan boleh dilaksanakan secara berintegrasi dalam sistem pasaran buruh. Bagaimanapun, pelaksanaan prinsip ini mungkin bebrbeza daripada yang diamalkan oleh negara kapitalis.

Item Type:Article
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ID Code:32
Deposited By:Ms Rohaya Umar
Deposited On:01 Nov 2007 15:11
Last Modified:01 Nov 2007 15:11

Repository Staff Only: item control page