Kebakaran hutan dan isu pencemaran udara di Malaysia : kes jerebu pada Ogos 2005

Ahmad, Shaharuddin and Md Hashim, Noorazuan (2006) Kebakaran hutan dan isu pencemaran udara di Malaysia : kes jerebu pada Ogos 2005. Jurnal e-Bangi, 1 (1). ISSN 1823-884X

[img]
Preview
PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader
738Kb

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~ebangi/

Abstract

Pencemaran udara di Malaysia khususnya episod jerebu mempunyai pertalian kuat dengan kehadiran titik panas yang dicerap daripada imej satelit Pulau Sumatra, Indonesia. Kajian lepas telah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Nino dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatra menjadi faktor penyebab dan penggalak episod jerebu di Malaysia. Makalah ini cuba menganalisis bencana jerebu terhadap manusia dan alam sekitar di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada episod jerebu bulan Ogos 2005. Dengan menggunakan kaedah pemetaan kontur GIS, taburan kepekatan jerebu atau pmakalah ampaian yang bersaiz kurang daripada 10 mikron (PM10) diplotkan bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Analisis data satelit NOAA-14 dari bulan Jun hingga Ogos 2005 menunjukkan bilangan titik panas yang mewakili kawasan litupan hijau yang terbakar di Sumatra Timur berjumlah lebih daripada 250 lokasi. Pergerakan angin barat daya yang lemah telah memburukkan keadaan jerebu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Dapatan awal ini menunjukkan terdapat tren perubahan kepekatan pencemar akibat daripada perubahan arah dan kelajuan angin lazim barat daya semasa episod berkenaan. Diharapkan kajian ini dapat menyediakan asas maklumat pemodelan episod jerebu pada masa akan datang terutamanya kesan jerebu terhadap sektor ekonomi utama Malaysia.

Item Type:Article
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
ID Code:22
Deposited By:Ms Rohaya Umar
Deposited On:09 Oct 2007 15:58
Last Modified:09 Oct 2007 15:58

Repository Staff Only: item control page