Hipoteks sejarah dalam novel Panglima Awang
Shafei, Mawar (2006) Hipoteks sejarah dalam novel Panglima Awang. Jurnal e-Bangi, 1 (1). ISSN 1823-884X Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/~ebangi/ AbstractMakalah ini menumpukan pemerhatian terhadap wujudnya 'hubungan dan proses antara teks' dalam penghasilan novel Harun Aminurrashid. Dasar hubungan ini dikesani dalam tradisi kesusasteraan Melayu seperti lipurlara, penulisan manuskrip dan seterusnya dalam penulisan prosa moden seperti novel. Kecenderungan hubungan ini dikaitkan dengan 'intertekstualiti' iaitu fenomena kewujudan 'teks dalam sesebuah teks' atau 'dialog antara teks'. Intertekstualiti pertama kali diajukan Julia Kristeva bertolak daripada dialogik Mikhail Mukhailovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinand de Saussure yang kemudian diperhalusi beberapa sarjana seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Riffaterre dan Harold Bloom. Penelitian terhadap novel Harun Aminurrashid memperlihatkan kecenderungannya mengenai tema dan latar sejarah seperti Darah Kedayan, Jong Batu, Siapakah Bersalah?, Sebelum Ajal, Merebut Gadis Jelita, Wak Cantuk, Panglima Awang dan Anak Panglima Awang. Mengambil contoh novel Panglima Awang, makalah ini melihat hubungannya dengan sejarah sebagai hipoteks secara intertekstual. Beberapa catatan yang berkaitan dengan sejarah Portugis di Melaka dan pengembaraan Ferdinand de Magalhaes @ Magellan mengelilingi dunia dijadikan hipoteks kajian. Beberapa proses transformasi, pembaikan dan penentangan teks asal diajukan pengarang daripada bahan-bahan sejarah tersebut. Jelasnya intertekstual berperanan sebagai strategi kepengarangan dan kerja 'memperbaiki' sejarah bagi menyalurkan aspirasi dan semangat mempertahankan harga diri bangsa Melayu. Repository Staff Only: item control page
|